
Terdapat tiga (3) cara menentukan kebapaan bagi seorang kanak-kanak. Pertama, melalui ikatan perkahwinan yang sah. Kedua, melalui pengakuan (iqrar). Ketiga, melalui keterangan.
- Melalui Perkahwinan Yang Sah
Sabitan kebapaan melalui ikatan perkahwinan bererti setiap anak yang dilahirkan dalam tempoh sekurang-kurangnya selepas enam bulan dari tarikh perkahwinan kedua-dua ibu bapanya adalah seorang anak yang sah kepada bapanya. Ketetapan tempoh hamil yang paling minimum telah disepakati oleh para fuqaha’ berdasarkan nas Al-Quran yang menyatakan tempoh hamil dan tempoh menyusu adalah selama 30 bulan.
Oleh itu, demi kesejahteraan masyarakat Islam, sabitan kebapaan melalui perkahwinan bukanlah dipastikan secara sambal lewa sahaja malah memerlukan beberapa syarat yang ketat seperti yang berikut:
- Akad nikah mestilah sah menurut hukum syarak.
- Telah wujud perhubungan kelamin antara kedua-dua suami isteri.
- Kelahiran berlaku setelah melewati tempoh enam bulan qamariah daripada berlakunya perhubungan kelamin.
- Melalui Pengakuan (Iqrar)
Apa yang dimaksudkan dengan pengkuan atau iqrar ialah pengiktirafan nasab seseorang yang dibuat oleh seseorang lain. Iqrar terbahagi kepada dua jenis:
- Pengakuan seseorang terhadap seseorang lain sebagai anaknya atau bapanya (iqrar bi al-ubuwwah).
- Pengakuan seseorang terhadap seseorang lain sebagai saudara kandungnya (iqrar bi al-ukhuwwah).
Pemgakuan jenis pertama iaitu iqrar bi al-ubuwwah memberi kesan bahawa apabila seseorang telah mengaku lain sebagai anaknya maka diwajibkan ke atasnya nafkah dan kedua-duanya boleh saling mewarisi.
Pengakuan jenis kedua iaitu iqrar bi al-ukhuwwah merupakan pengakuan secara tidak langsung. Apabila seseorang mengakui seorang lain sebagai saudaranya, maka secara tidak langsung dia mengakui orang tersebut sebagai anak kepada bapanya. Pengakuan jenis ini memerlukan dua unsur seperti yang berikut:
- Terdapa bukti mengenainya.
- Pihak yang hendak dinasabkan kepadanya (muqarr ‘alaih) mestilah membenarkan pengakuan tersebut jika dia masih hidup atau daripada dua orang warisnya jika dia telah meninggal dunia.
Teradapat peruntukkan mengenai sabitan kebapaan memalui pengakuan (iqrar) dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Pengakuan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang berikut:
- Tiada seseorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu;
- Perbezaan antara umtuk lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara mereka sebagai bapa dan anak;
- Jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah mempersetujui tentang dia diakui sebagai anak;
- Lelaki dan ibu anak itu mungkin boleh disatukan dengan sah dalam perkahwinan pada masa pembenihan;
- Pengakuan itu bukannya cuma mengakui anak itu sebagai anak sah tarafnya;
- Lelaki itu berkeupayaan membuat kontrak;
- Pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi taraf kesahtarafan; atau
- Pengakuan itu jelas maksudnya dan anak itu diakui sebagai anak kandungnya.
- Melalui Keterangan
Sabitan kebapaan melalui keterangan memerlukan dua orang saksi lelaki menurut mazhab Syafie. Selain itu, mazhab Syafie juga menerima keterangan saksi istifadah. Manakal mazhab Hanafi membolehkan seorang saksi lelaki dan dua orang saksi wanita.
Allahualam,
Mohamad Azlin & Suriati Associates