NAFKAH SEMENTARA ANAK

Nafkah Anak

NAFKAH SEMENTARA ANAK

Terdapat peruntukkan khusus yang membolehkan mana-mana pihak khususnya isteri untuk membuat permohonan nafkah sementara anak (permohonan interim nafkah anak) sementara menunggu prosiding kes induk nafkah diputuskan. Pihak isteri boleh memfailkan tuntutan nafkah semena bagi anak tersebut demi kelangsungan hidup anak-anak yang perlu dibiayai oleh bapa dan pihak isteri boleh merujuk kepada Seksyen 202 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan Perintah Interim tentang nafkah.

Tertakluk kepada Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985, Jika Mahkamah berpuas hati, atas permohonan mana-mana pihak yang berhak mendapatkan nafkah dalam apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang nafkah terhadap orang yang bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk membayar nafkah, maka Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta-merta dan terus berkuat kuasa sehingga Mahkamah membuat keputusan atau kausa atau perkara itu.

Permohonan boleh dibuat secara sebelah pihak (ex-parte) dan kes induk nafkah juga perlulah difailkan bersekali. Perintah sementara akan berterusan sehinggalah keputusan induk nafkah dibuat kecuali Mahkamah memutuskan sebaliknya.

Penentuan nafkah seseorang anak itu hendaklah didasarkan kepada dua keadaan iaitu pertama, kemampuan bapa untuk menanggung anak dan kedua, keperluan anak tersebut. Bagi permohonan nafkah sementara anak ini, perkara utama yang dititikberatkan adalah dengan melihat keperluan dharuriat berbanding hajiyyat serta tahsiniyyat yang mana ia juga dilandaskan dengan kemampuan dan keupayaan bapa untuk menanggungnya.

Allahualam,

Mohamad Azlin & Suriati Associates

25 Jun 2024 jam 12.09 tengah hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Sebut Harga Anda Sekarang !