KEWAJIPAN BAPA DALAM MENYEDIAKAN NAFKAH ANAK

Nafkah Anak,Uncategorized

KEWAJIPAN BAPA DALAM MENYEDIAKAN NAFKAH ANAK

Bapa wajib memberikan nafkah dengan syarat dia berkemampuan, anak itu belum boleh berdikari, tidak mempunyai harta sendiri dan bagi anak perempuan, bapanya wajib memberi nafkah sehingga dia berkahwin atau sehingga dia bekerja. Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari atau telah mempunyai hartanya sendiri walaupun masih kecil, maka bapanya tidak wajib memberi nafkah kepadanya. Firman Allah S.W.T dalam Surah An- Nisa’: ayat 34 yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu ialah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka…”

Di dalam kitab al-fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah juzuk keempat, m/s 592, ada menyebut bahawa antara syarat-syarat yang menjadikan bapa wajib menanggung nafkah anak-anak mereka ialah:

1. Hendaklah bapa berkemampuan.

2. Hendaklah anak-anak mereka tidak berupaya walaupun dengan pekerjaan yang sesuai dengan mereka.

3. Hendaklah bapa berkemampuan menanggung nafkah isterinya dan anak-anaknya selama satu hari satu malam.

Bapa sebagai ketua dalam urusan rumah mesti menjaga kebajikaan aak-anak di dalam semua perkara supaya tidak menjadi masalah kepada anak-anak tersebut. Bagi anak-anak yang beragama Islam, mereka berhak mendapat nafkah daripada bapa mereka berlandaskan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Hendaklah memberi nafkah orang yang empunya kelapangannya (orang yang kaya sesuai menurut kekayaannya). Dan sesiapa yang ditentukan rezeki di atasnya, maka hendaklah ia memberikan nafkah menurut yang diberikan Allah S.W.T kepadanya, Alllah S.W.T tidak memberati sesuatu diri melainkan menurut apa yang diberikan kepadanya.”

Hak mendapat nafkah dalam Islam bergantung kepada kesahihan hubungan antara anak dengan bapa, iaitu bukti keibubapaan atau yang disebut dalam Bahasa Inggeris sebagai “parentage”. Ini kerana hak-hak lain seperti hak nafkah, susuan, hadanah dan warisan timbul daripada pembuktian keibubapaan ini. Pembuktian keibubapaan dilakukan melalui bapa dan ibu sebenar anak dan mestilah mmereka ini telah melalui satu akad nikaah yang sah di antara mereka.

Islam juga menggariskan penanggungan nafkah itu berasakan konsep yang anaak itu telah dikandung lebih daarri enam bulan dari tarikh akad nikah ibu bapa anaak itu. Ini berlandaskan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan…”

Allahualam,

Mohamad Azlin & Suriati Associates

21 November 2023 jam 3.09 petang.

>> Tajuk berikutnya: Kadar Nafkah Yang Sewajarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada Pertanyaan?

Hubungi pihak kami atau e-melkan kepada kami pada no telefon dan e-mel berikut.

Dapatkan Sebut Harga Anda Sekarang !