
Dalam Islam, anak yang tak sah taraf ialah anak yang dilahirkan hasil daripada perhubungan yang tidak sah mengikut syariah Islam. Kanak-kanak tersebut dianggap tidak mempunyai sebarang hak daripada lelaki yang telah membuat perhubungan jenis dengan ibunya. Status kanak-kanak ini tetap tak sah taraf, dan tidak ada jalan untuk membolehkan kanak-kanak ini menjadi sah taraf. Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia mentakrifkan anak yang tak sah taraf sebagai anak yang dilahirkan di luar nikah dan bukan daripada persetubuhan syubhah.
Menurut Seksuen 113 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Akta 303), persetubuhan syubhah ialah:
“Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang Perempuan dan kemudiannya Perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.”
Kedudukan kanak-kanak yang tak sah taraf ini lebih kurang sama dengan anak yang dili’ankan. Anak yang dili’ankan ialah anak yang dikira tidak menerima keturunan ayahnya setelah berlaku tuduh-menuduh zina antara suami isteri. Anak yang tak sah taraf ini termasuklah anak zina yang lahir hasil daripada perhubungan jenis yang tidak sah di sisi syarak.
Pada umumnya, para fuqaha’ semua mazhab berpendapat bahawa seorang anak yang pembenihannya dan kehamilan erlaku sebelum pernikahan kedua-dua ibu bapanya adalah anak hasil perzinaan dan anak tersebut tak sah taraf. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa persoalan yang perlu dilihat secara lebih terperinci.
Menurut fatwa fuqaha. mazhab al-Syafie, jika dikahwini seorang wanita yang hamil daripada perzinaan kemudian dia melahirkan anak yang sempurna tempohnya maka terda[at empat keadaan mengenainya:
1. Pertama: Sama ada suami menafikan anak tersebut Zahir dan batin tanpa melakukan li’an, iaitu anak yang dilahirkan kurang daripada tempoh enam bulan daripada berlaku perhubungan suami isteri selepas akad; atau lebih daripada empat tahun dari tarikh terakhir berlaku perhubungan suami isteri.
2. Kedua: Sama ada dihubungkan anak dengan suami tersebut dan sabit bagi anak tersebut hukum perwarisan dan selainnya secara zahir, dan sepatutnya menafikannya kerana anak tersebut lahir lebih daripada masa enam bulan dan kurang daripada empat tahun dan suami mengetahui atau berat sangka bahawa anak tersebut bukan daripadanya kerana dia tidak menyetubuhi isteri tersebut kurang daripada enam bulan daripada tempoh perhubungan suami isteri atau lebih daripada empat tahun daripada perhubungan suami isteri atau lebih daripada enam bulan daripada istibra’ dengan sekali pusingan haid dan ternyata qarinah isteri tersebut berzina. Maka dalam keadaan sedemikian, suami tersebut berdosa jika tidak menafikan anak itu. Malah ia adalah satu dosa besar.
3. Ketiga: Sama ada menghubungkan anak terseut kepada suami secara zahir tetapi tidak perlu menafikannya jika suami sangka bahawa anak tersebut adalah daripadanya walaupun tanpa sangkaan yang berat; atau telah berlaku istibra’ selepas perhubungan suami isteri dan anak tersebut dilahirkan lebih daripada enam bulan selepas itu (hubungan suami isteri) dan terdapat keraguan mengenai perzinaan isterinya. Dalam keadaan sedemikian sunat (nadb).
4. Keempat: sama ada dihubungkan anak tersebut kepada suami dan haram menafikannya jika berat sangkaan anak tersebut adalah daripadanya; atau terdapat dua perkara yang sama iaitu anak tersebut lahir selepas enam bulan dan lebih sehingga empat tahun daripadanya berlakunya hubungan suami isteri, dan tidak berlaku istibra’ selepas itu. Atau berlaku istibra’ tetapi anak tersebut dilahirkan selepas itu kurang daripada enam bulan maka dihubungkan melalui firash (perkahwinan yang sah).
Terdapat perbezaan pendapat mengenai anak zina yang dilahirkan tanpa firash (perkahwinan), maksudnya ibu anak tersebut tidak berada dalam ikatan perkahwinan. Jumhur ulama’ berpendapat bahawa tidak harus dihubungkan nasab anak zina dengan bapa biologinya.
Allahualam,
Mohamad Azlin & Suriati Associates
Sebarang pertanyaan boleh tekan ke link Whatsapp kami: