
Harta sepencarian boleh didefinisikan sebagai harta yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan. Secara umumnya, harta sepencarian ialah harta yang diperoleh hasil daripada usaha bersama suami isteri dalam tempoh perkahwinan mereka selain daripada harta pusaka atau hibah atau apa-apa harta yang diperoleh dengan tidak melibatkan usaha bersama untuk memperoleh harta tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Harta Sepencarian ialah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya, hasil dari sumber-sumber atau usaha mereka bersama. Dapat disimpulkan bahawa Harta Sepencarian ialah harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri dalam tempoh perkahwinan. Seksyen 2 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 mentakrifkan Harta Sepencarian sebagai:
“harta sepencarian” ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak;
Berdasarkan peruntukkan tersebut, dapat disimpulkan dalam situasi-situasi berikut:-
1. Kalau harta yang diperolehi oleh suami / isteri secara tidak berusaha seperti hadiah, pusaka, hibah dan seumpamanya, tidaklah boleh dibahagikan. Kalau harta yang diperolehi secara hadiah, pusaka, hibah dan seumpamanya dimajukan atau dibangunkan secara bersama melalui sumbangan pihak-pihak seperti dengan wujudnya bangunan atau diusahakan secara usaha sama daripada kedua-dua pihak dalam tempoh perkahwinan, maka ia boleh dianggap sebagai Harta Sepencarian kerana di situ terdapat nilah tambah (added value).
2. Kalau harta yang diperolehi daripada usaha sebelum perkahwinan, ini tidak termasuk dalam Harta Sepencarian dan dengan ini tidaklah boleh dibahagikan. Tetapi kalau dimajukan hasil usaha sama dan sumbangan bersama selepas perkahwinan, ia boleh dianggap sebagai harta spencarian.
3. Harta itu diperolehi oleh satu pihak contohnya suami dalam tempoh perkahwinan, ia juga diambil kira sebagai Harta sepencarian atas sokongan secara langsung atau tidak langsung pasangannya.
4. Sekiranya harta yang diperolehi daripada hasil usaha berasingan dan dicantumkan tidak dapat lagi dibezakan, maka harta jenis ini boleh dikira termasuk dalam jenis Harta Sepencarian yang akan terlibat dengan pembahagian antara suami dan isteri.
5. Sekiranya suami isteri sama-sama bertanggungjawab dalam satu pekerjaan atau berlainan pekerjaan tetapi hasilnya tidak dipisahkan, atau dari awal-awal lagi dicampuradukkan maka harta jenis ini bolehla dikira sebagai Harta Sepencarian suami isteri.
Allahualam,
Mohamad Azlin & Suriati Associates,
Sebarang pertanyaan boleh tekan ke link Whatsapp kami: