NAFKAH ANAK SEHINGGA BILA?

Anak Tak Sah Taraf,Nafkah Anak,Nafkah Tertunggak Anak,Perceraian

NAFKAH ANAK SEHINGGA BILA?

Nafkah anak bermaksud nafkah yang wajib dibayar oleh bapa kepada anak-anak yang di bawah tanggungannya. Kewajipan memberi nafkah anak adalah merupakan kewajipan yang telah ditetapkan dalam Islam.

Dalil mengenai Nafkah Anak ada dinyatakan dalam Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 233 menyebut:

وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya”

Merujuk kepada peruntukan undang-undang di Malaysia, kewajipan menanggung nafkah anak adalah diletakkan di bawah tanggungjawabnya dan kewajiban ke atas seorang bapa, ianya jelas disebut dalam Seksyen 73(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Nafkah tersebut adalah merangkumi tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran.

Nafkah anak sememangnya adalah di bawah tanggungjawab bapa, namun terdapat batas umur dan batas keadaan seorang bapa itu dalam memberikan nafkah kepada anaknya. Bapa bukanlah selama-lamanya perlu menanggung nafkah diri anaknya. Merujuk kepada peruntukan undang-undang di Malaysia, nafkah anak akan tamat iaitu tidak perlu lagi ditanggung oleh bapa apabila anak tersebut telah mencapai umur lapan belas (18) tahun. Namun, sekiranya anak tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas itu, maka seorang bapa perlu menanggung kos tersebut. Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintahkan bapa membayar nafkah anak untuk tujuan tersebut apabila anak tersebut membuat permohonan di Mahkamah Syariah. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Seksyen 80 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Selain itu, pelaksanaan tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah di Malaysia ini, seorang ibu iaitu yang membuat permohonan nafkah anak tersebut, boleh juga menuntut untuk nafkah anak-anak tersebut dilanjutkan sehingga anak tersebut tamat pengajian tinggi, tidak tamat sehingga anak tersebut berumur 18 tahun.

Tuntasnya, nafkah anak adalah di bawah tanggungjawab bapa sehingga anak tersebut berumur 17 tahun, selepas daripada itu, bapa adalah tidak bertanggungan untuk membiayai dan menanggung nafkah anak tersebut. Kecuali anak tersebut menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan anak tersebut membuat permohonan di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan haknya daripada bapanya.

Allahualam,

Mohamad Azlin & Suriati Associates

19 September 2024 jam 12.30 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Sebut Harga Anda Sekarang !