
Kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga sering kali membawa kesan yang merugikan dan melibatkan keretakan yang serius. Orang ketiga ini merujuk kepada orang luar yang menjalinkan hubungan dengan lelaki atau perempuan yang telah berkahwin yang mana hubungan tersebut secara rahsia yang dipanggil juga sebagai skandal atau selingkuh.
Menurut statistik yang dikumpulkan dari pelbagai kajian, lebih dari 40% perceraiannya disebabkan oleh perselingkuhan, skandal atau kehadiran orang ketiga. Angka ini memberi gambaran betapa seriusnya kesan yang ditimbulkan dari isu pihak ketiga.
Kepercayaan yang telah dibina dengan kukuh antara suami dan isteri boleh hilang dengan sekelip mata akibat perselingkuhan dan orang ketiga. Kepercayaan dalam rumahtangga adalah satu yang proses yang dibina tahun demi tahun. Namun ianya boleh runtuh dan sukar untuk dibina kembali kepercayaan.
Isu orang ketiga tidak hanya meliabatkan suami, malah kes isteri juga banyak direkodkan di mahkamah.
Kajian menunjukkan bahawa lebih dari 70% pasangan yang terlibat dalam perselingkuhan orang ketiga mengalami pertelingkahan dan perselisihan yang berterusan. Ketika kebohongan dan penipuan dilakukan disebabakan orang ketiga, hubungan rumahtangga mulai retak, rosak dan menyebabkan rasa kecewa yang mendalam dalam pasangan yang dikhianati.
Komunikasi yang yang baik sebelum ini boleh bertukar menjadi sebaliknya kesan dari hilang kepercayaan akibat kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga. Statistik menunjukkan bahawa sebanyak 80% pasangan yang terlibat dengan orang ketiga mengalami ketidakstabilan emosi dan kesukaran untuk mencapai keharmonian. Ketika kepercayaan sudah hilang, komunikasi terganggu dan pasangan menghadapi kesulitan untuk memulihkan ikatan yang pernah kuat.
Disinilah titik permulaan hubungan mulai goyah dan jika tidak diselamatkan akan runtuh rumahtangga.
Kehadiran orang ketiga tidak hanya merosakkan hubungan antara pasangan, tetapi juga memberi kesan negatif terhadap anak-anak. Kajian menunjukkan bahawa sekitar 65% anak-anak yang terlibat dalam rumahtangga dengan orang ketiga mengalami trauma emosi dan kebingungan dalam kehidupan mereka. Mereka mengalami ketidakstabilan emosi, masalah kepercayaan, dan konflik dalam hubungan keluarga.
Dalam kesimpulannya, orang ketiga dalam rumahtangga memberi kesan negatif yang besar. Statistik yang ada menunjukkan tingginya kadar perceraian, pertelingkahan berterusan, kehilangan kepercayaan, dan penderitaan emosi akibat perselingkuhan. Oleh itu, penting untuk menjaga komunikasi yang baik dan menjauhi godaan atau tarikan yang dapat merosakkan keharmonian rumahtangga.
Pasangan perlu memperkuat ikatan dan menghadapi masalah bersama, serta mencari bantuan jika diperlukan untuk memulihkan kepercayaan dan menjaga keutuhan rumahtangga mereka.
Dalam banyak kes yang berlaku di Mahkamah, saya melihat orang ketiga tidak pernah hadir dengan sebab sendiri. Orang ketiga tidak akan secara tiba-tiba masuk dan menganggu rumahtangga melainkan orang dalam rumah tangga yang menjemput, merespon dan melayan orang ketiga sehingga berani hadir dalam rumahtangga orang lain.
Moga ada manfaat untuk semua. Kongsikan jika bermanfaat. Semoga Allah pelihara kita semua.
Wallahua’lam
Tuan Mohamad Azlin
Sebarang pertanyaan boleh tekan ke link Whatsapp kami: